Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Tuesday, November 22, 2011

Naik Barakuda: KBS, FAM Digesa Lapor FIFA Isu Ancaman Keselamatan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digesa membuat laporan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung layanan penyokong Indonesia yang disifatkan boleh mengancam keselamatan skuad bola sepak negara.

P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) berkata, tindakan tegas terhadap penyokong skuad Garuda perlu diambil bagi memastikan semangat kesukanan sentiasa terjamin tanpa dicemari insiden yang tidak diingini.

"FAM dan kementerian perlu buat laporan rasmi kepada FIFA.

"Inikah cara layanan yang diterima pasukan bola sepak negara kita? Saya harap tindakan sewajarnya dapat diambil," katanya pada sesiperbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Gesaan berkenaan dibuat ekoran jangkaan bahawa pemain negara sekali lagi bakal menaiki kereta perisai Barakuda untuk mengharungi final bola sepak Sukan SEA ke-26 menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Isnin malam.

Pada pertembungan terakhir peringkat kumpulan menetang Indonesia Khamis lalu, skuad Harimau Muda terpaksa menaiki Barakuda ketika mahu pulang ke hotel atas nasihat pihak keselamatan Indonesia sendiri.

Penggunaan Bakuda itu merupakan kali kedua setelah skuad negara berdepan situasi yang sama ketika perlawanan akhir Piala Suzuki AFF tahun lalu.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, pihak kementerian memberi jaminan bahawa aspek keselamatan pemain, petugas, pegawai serta penyokong skuad Harimau Muda berada dalam keadaan baik.

"Kementerian boleh beri jaminan untuk pastikan pemain kita tidak ditekan dari segi emosi dan psikologi.

"Selain itu hubungan baik kedua-dua kerajaan juga merupakan salah satujaminan terhadap pemain negara kita," katanya.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...