Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Tuesday, September 21, 2010

[Review] Al Farabiband: The Album

Alhamdulillah lepas hampir berbulan-bulan ditunggu akhirnya Al Farabiband muncul dengan full album dgn judul The Album. Album terbitan Al Farabiband Entertainment ni memuatkan 2 buah CD berkembar dan 8 buah lagu. CD pertama menggunakan rentak rock manakala CD 2 merupakan rentak akustik.

Bawah ni ada sedikit review lagu-lagu. Penilaian adalah mengikut naluri penulis.

1.Never Turn Back (Instrumental): Lagu ini hanya muzik saja. Tak ada sebarang lirik. Sesuai dengan urutannya sebagai track nombor 1 dalam album ini. Muzik yang rancak sudah menyajikan kesegaran buat semua pendengar.

2. Amanat: Lagu ini merupakan lagu lama yang diberi nafas baru menerusi versi rock. Mengisahkan amanat yang diberikan kepada para pejuang Islam serta semangat untuk meneruskan perjuangan.

3. Searching The Truth: Pada awalnya saya menjangkakan lagu ini sama seperti lagu Never Turn Back yang tidak mempunyai lirik. Namu pada akhir lagu ini nyata tekaan saya salah. Lagu ini menyelitkan sajak yang disampaikan vokalis wanita kumpulan ini. Sajak yang disampaikan berkisarkan perlunya mencari kebenaran walaupun sukar.

4. Evolusi: Mengisahkan perkembangan agama Islam sejak zaman Rasulullah dan diteruskan usaha dakwah oleh para pendakwah sehingga dewasa. Penyebaran Islam menyebabkan manusia hidup dalam iman sebenar dengan menjadikan al-Quran dan hadis sebagai panduan utama hidup.

5. Sunnah Berjuang: Mengisahkan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi para pejuang Islam. Kesusahan inilah yang turut dihadapi Rasulullah pada awal kedatangan Islam.

6. Apa Sebenarnya: Lebih kepada persoalan yang perlu dijawab oleh setiap pendakwah. Juga merupakan kritikan sosial kepada pendakwah akan kelemahan-kelemahan utama yang mereka miliki sehinggakan ramai pihak tertanya-tanya apa yang mereka perjuangkan dalam hidup.

7. My Loving Child: Lagu nasihat seorang ayah kepada anaknya. Lagu berbahasa Inggeris dan mempunyai makna yang mendalam.

8. Selawat AFB: Selawat yang disampaikan menerusi versi Al Farabi Band.

Semua lagu yang terkandung dalam album ini nyata memberi sejuta makna. Dapatkan segera di pasaran sekarang.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...