Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Tuesday, October 5, 2010

Setelah 1 Tahun: Studiokini Teruskan Berjuang

oleh:revolterAMI

Sungguh cepat masa berlalu,akhirnya Studiokini telah mencapai usia setahun.Jangka masa setahun bukanlah satu jangka masa yang hebat untuk dibanggakan. Dalam jangka masa tersebut, beberapa cabaran,dugaan dan halangan terpaksa ditempuhi. Berikut ialah sedikit sebanyak persoalan dan jawapan mengenai blog Studiokini sepanjang setahun berada di dunia blog.

Bilakah idea untuk mewujudkan Studiokini muncul?
Idea untuk mewujudkan blog nasyid sememangnya telah wujud sejak tahun 2008, iaitu tahun yang sama negara menghadapi pilihanraya umum ke-12. Namun usaha tersebut terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kepada dunia siasah.

Studiokini berasal dari blog politik?
Mungkin ya, tapi pada tahun 2008 nama Studiokini masih belum wujud malah belum difikirkan. Pada ketika itu, nama Intifada4Islam digunakan dan politik menjadi kandungan utama blog atas dorongan gelombang kebangkitan rakyat untuk melakukan perubahan lanskap politik negara.

Kenapa nama Studiokini menjadi pilihan? Mengapa tidak nasyidkini,dakwahkini atau selainnya?
Nama Studiokini diambil kerana dua faktor. Studio melambangkan industri muzik serta penulisan dalam sebuah bilik manakala kini adalah melambangkan segala info yang terdapat dalam Studiokini adalah info-info terbaru. Mengapa Studiokini? Kerana kami bukan sahaja mendedahkan info-info nasyid sahaja tetapi turut menyelitkan artikel-artikel berkaitan isu semasa.

Sepanjang setahun Studiokini wujud, apakah cabaran utama yang terpaksa ditempuh?
Cabaran pada awal kewujudan Studiokini ialah bagaimana untuk mempromosikan blog ini dalam dunia maya. Bukan mudah nak perkenalkan blog baru kepada masyarakat. Nak tarik pengunjung bukan mudah. Apatah lagi nak cari berita-berita baru berkaitan nasyid dan isu semasa.

Segala cabaran akan mematangkan lagi Studiokini untuk terus berusaha menyediakan segala yang terbaik untuk umum. Terima kasih atas sokongan kalian.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...