Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Friday, November 12, 2010

Antara Mesej & Realiti Hidup Penasyid

oleh: revolterAMI @ studiokini

Nasyid dilihat sebagai medium hiburan yang berunsurkan dakwah manakala penasyid pula sering kali dilihat sebagai 'role model' kepada masyarakat. Apabila mesej nasyid disampaikan oleh penasyid,maka para pendengar akan menganggap realiti hidup penasyid adalah seperti apa yang terkandung dalam mesej lagu nasyid yang dibawakan.

Peminat menganggap penasyid sebagai seorang yang baik akhlak, menjaga pergaulan, menutup aurat di mana jua mereka pergi manakala dari aspek penasyid wanita, peminat sering menggambarkan bahawa penasyid wanita adalah wanita solehah yang menjadi contoh kepada semua.

Namun persepsi ini semakin hari semakin hilang dari diri peminat. Realiti hidup penasyid tidak seperti yang digambarkan. Kontroversi membabitkan rumah tangga penasyid, isu penceraian, akhlak penasyid yang sedikit bebas, cara berpakaian penasyid wanita, sensitiviti dalam soal bersalaman antara lelaki dan perempuan dalam kalangan penasyid, bernasyid tetapai pakaian seksi, dan pelbagai lagi isu.

Keadaan ini diburukkan lagi apabila peminat melabelkan penasyid sebagai hipokrit, dan hanya mengejar keuntungan semata-mata. Soal penasyid menggunakan nasyid sebagai medium untuk popular pada pandangan penulis memang wujud.

Mengejar populariti kadang-kala menyebabkan genre nasyid hilang matlamat. Lagu yang dicipta dengan label nasyid hanya sekadar lagu, tanpa penegasan mesej yang mendalam.

Manusia sememangnya tidak sempurna. Tetapi apabila kita menyertai arena dakwah, masyarakat melihat kita. Cubalah sedaya upaya untuk mewujudkan realiti hidup seperti mana apa yang terkandung dalam lagu penasyid bawa. Mesej dakwah akan sampai kepada masyarakat dengan lebih mudah sekiranya si pembawa mesej terlebih dahulu mengamalkan apa yang disampaikan.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...