Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Friday, November 5, 2010

Produk Pertama Studiokini

cover ebook
Dalam 3 minggu ni, memang sedikit sibuk dengan study. Nak update blog Studiokini aku pun tak terupdate tapi blog peribadi cepat pula aku updat. (^_^).

Yela, musim exam, nak cari maklumat untuk Studiokini memang sikit malas. Bukan tak ada maklumat cuma nak menulis tu agak makan masa. Kalau tak ada halangan,blog akan diupdate sebaik tamat exam (15 November 2010).

Dulu pada awal tahun 2010, pernah terfikir nak terbitkan ebook bawah Studiokini tapi hampir setahun tergendala sebab tak ada idea. Nak buat ebook tentang sejarah nasyid, ada ke orang nak baca? Hahaha..

Tapi lepas bincang dengan geng-geng blogger nasyid, aku setuju nak teruskan ebook ringkas tu. Mungkin tebal cuma 20 muka surat lebih. Kalau tak ada halangan aku publishkan ebook pertama merangkap produk pertama Studiokini seawal-awal 21 November dan selewatnya 22 November 2010. Tapi perubahan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Setakat ni tak terfikir lagi nak kenakan bayaran. Mungkin bagi orang download free ja kot. Soal pendapatan Studiokini, akan dibincang kemudian time cuti ni. Projek ebook ni mungkin percubaan pertama.

Aku terfikir gak nak publish ebook profil parti-parti politik di Malaysia sejak merdeka sampai sekarang (2010) tapi mungkin projek kedua aku fikirkan lepas lancar ebook pertama. Semua projek aku buat ni, under Studiokini.

Kenapa Studiokini?

Sebab, aku nak cuba jadikan Studiokini bukan sekadar blog nasyid saja, tapi sebagai entiti yang boleh buka minda orang Malaysia berfikir. Wow!Besar angan-angan aku. Hahahaha..Apapun study kena diutamakan.

Doakan produk pertama Studiokini berjalan lancar. Nak derma kat Studiokini? Klik je Nuffnang tu.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...