Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Wednesday, December 1, 2010

"Kembalikan Pulau Pinang Kepada Kedah"

Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah hari ini meminta pihak yang berkenaan mengambil tindakan agar Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah selaku pemilik asal sebelum perjanjian dengan British pada 1786.

Pengerusinya Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata usaha itu lebih penting berbanding menuntut bayaran royalti RM10,000 setahun dinaikkan.

"Setelah merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

"Sultan Kedah ada hak terhadap Pulau Pinang dan bayaran royalti yang dibuat setiap tahun hingga kini menunjukkan bahawa Pulau Pinang masih kepunyaan negeri ini," katanya pada sidang media, di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata perjanjian pada 1786 yang dibuat dengan pihak Inggeris itu adalah disebabkan keperluan ekonomi dan pertahanan, kerana pada ketika itu Kedah diancam oleh pihak Siam.- Bernama

*revolterAMI: bagi AMI sejarah lepas, usah kita bangkitkan lagi.ya,pulau pinang memang sebahagian Kedah dahulu tapi bukankah Perlis juga sebahagian dari Kedah? Adakah selepas Pulau Pinang diperintah oleh PR,baru nak bangkitkan isu ini? bagaimana pula isu Sultan Sulu di Sabah?

1 comment:

  1. benar,malah sejak penubuhan mesia,tidak pernah timbul isu ini.P.P sudah banyak membangun,adalah tidak adil untuk p.p kembali ke kedah.Seperti singapura juga,satu mesia,adakah kerana bekas pm kita yang dulu yang setuju,maka skang kita hendak amik balik?

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...