Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Friday, December 3, 2010

Pakcik Seekers Disaman Kekasih Hatinya

Akhirnya pakcik Seekers disaman kekasih hatinya sendiri. Bukan pakcik Seekers sahaja disaman,malah bapa pakcik Seekers, Syed Hussien turut disaman atas alasan mendedah maklumat sulit.

Bekas Permaisuri Agung, Siti Aishah memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.
Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang. 

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif.

AMI rasakan ni langkah bijak bekas permaisuri ni walaupun bagi AMI nasi dah menjadi bubur. Drama ini dilihat makin menarik.Apa episod seterusnya,sama-sama kita tunggu.

2 comments:

  1. adui cean dei,
    lom kuarkan bku, da kne saman..huk3

    ReplyDelete
  2. DITELAN MATI MAK, DILUAH MATI AYAH..!Sepatutnya hal peribadi bukanlah utk dibaca org lain,jadi...bila nasih dah jadi bubur..sendirilah tanggug dan terpaksa ditelan juga.

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...