Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Friday, December 3, 2010

Hadiah 4-in-1 dan Air Mandi Yang Mahal

Terlebih dahulu terima kasih AMI ucapkan kepada kerajaan negeri Kedah atas pemberian tarif air yang cukup berpatutan untuk rakyat marhaen. Kalau orang-orang kaya,rasanya tak terbeban sangat. Terima kasih.

Kepada kerajaan Pusat pula,terima kasih juga kerana memberi hadiah lebih bernilai kepada rakyat terutama rakyat marhaen yakni 4-in-1. Kalah kopi Ali Cafe tu. Kenaikan harga minyak RON95,diesel, gas dan gula sememangnya 'diminta' rakyat atas slogan rakyat didahulukan sebab rakyat yang minta semua ni naik. Dulu cuma naikkan RON97 namun kini, hadiah lebih baguslah sebab bagi naik semua barang utama.

Bawah ni ada graf kenaikan 4-in-1 ni untuk tatapan umum.


Sedikit pembelaan buat kerajaan negeri Kedah sebab tarif air dah terlalu lama tak naik.Jadi,logik gak kalau naik.Cuma sedikit kesal sebab kerajaan negeri Kedah tidak seteguh pendirian seperti kerajaan negeri Selangor sebab masih berani melawan kenaikan walaupun terpaksa berhadapan tentangan puak nasionalis.

Apapun, AMI syukur sebab masih mampu untuk hidup. Cuma kasihankan rakyat golongan marhaen.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...