Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Thursday, December 2, 2010

Nasi Lemak 50 Sen & Aku Sangap Lubang

"Aku Sangap Lubang"- babak Aku Masih Dara
"Aku sangap lubang". Itulah dialog yang Farid Kamil katakan kepada Diana Amir dalam filem Aku Masih Dara. Hah! Sangap lubang? (hanya mereka yang cukup umur faham dialog ni). AMI rasa Farid Kamil ni dah gila seks. Dulu kata Nora Danish ada nasi lemak 50 sen, sekarang sangap pula!

petikan filem Cuti-cuti Cinta
Sejak akhir-akhir ni,filem-filem Melayu dilihat bebas untuk ketengahkan unsur-unsur seks. Kalau dulu cukup jarang tapi sekarang, seolah-olah Lembaga Penapisan Filem (LPF) sudah tiada fungsi. Seks dilihat seperti nilai di pasar malam, boleh diungkap tanpa rasa malu.

Lihat sajalah filem-filem baru, dari Cuti-cuti Cinta, 2 Alam, ...Dalam Botol sampailah Aku Masih Dara. Nilai seks dilihat lebih ditonjolkan berbanding nilai agama.

Menyentuh filem Aku Masih Dara, AMI akui dari trailer filem ni dalam Youtube, unsur-unsur pengajaran tetap ada. Tapi lupakah kita bahawa orang kita lebih ingat unsur seks berbanding nilai agama? Kalau label filem tu 18 tahun ke atas, bolehlah lagi terima. Tapi kalau labelnya umum, memang kurang enakla.

Kita laungkan kes zina meningkat,kes khalwat, kes buang bayi dan macam-macam lagi kes meningkat tapi dalam masa yang sama,kita teruskan penerbitan filem berunsur lucah secara besar-besaran. Takka itu hipokrit! Mulut kata lain,nafsu kata lain.

Kepada LPF, tolonglah hati-hati sikit dengan agama. Kalau nak lulus pun, bezakan label U dan 18sx. Kenapa?Supaya ibu bapa yang nak bawa anak mereka tengok wayang,faham kandungan filem. Kalau tak, Malaysia akan terus dengan sikap hipokritnya.


Dulu nasi lemak 50 sen,sekarang aku sangap lubang. Nanti,apa pula? Dulu kemban,sekarang separuh bogel dan nanti? Fikirlah sendiri.

4 comments:

  1. dorang igt sume tu lawak jenaka yg bole buat penonton ketawa n suke filem tu,haha mmg lawak ok!

    ReplyDelete
  2. gila la cerita melayu sekarang dh jadi bebas tanpa adat

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...