Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Saturday, January 22, 2011

Bila Si Jahil Buka Mulut

Agak terkejut apabila isu penubuhan negara Islam di Malaysia dijadikan bahan kempen penghinaan dalam sesebuah pilihanraya. Apa yang menyedihkan, kempen penghinaan ini dibuat bukan saja dari mulut bukan Islam tetapi turut dilakukan insan yang tercatat ISLAM di kad pengenalannya.

Menakutkan orang bukan Islam yang kurang faham tentang hukum syariah nyata satu tindakan bodoh+ bangang= JAHIL!

Adakah Islam terlalu zalim untuk kalian yang berfahaman nasionalis (tapi ada pihak anggap mereka pejuang Islam) hina sedemikian rupa? Kalau sudah jahil, belajar, bukannya terus menakutkan orang bukan Islam dengan logik akal kalian yang sekular.

Sedih bercampur marah, hanya itu gambaran yang boleh diungkapkan apabila ada seorang pimpinan negeri ( berjawatan Menteri Besar di negeri selatan Semenanjung Malaysia) dan seorang berjawatan pimpinan Pusat bertindak menghina undang-undang Islam. Undang-undang Islam hanya dilihat dari aspek potong tangan?

Kenyataan ini ditambah pula dengan penghinaan oleh seorang pimpinan bukan Islam (kaki seks!) yang nyata mempersendakan hukum larangan bersalaman antara bukan mahram.

dulu ugut, kini membisu?
Mana suara 'tentera jihad' yang pernah mengugut seorang ahli politik bukan Islam yang masuk masjid untuk memberi sumbangan? Mana pergi wira-wirawati perkasa? Bacul? Mana pergi blogger-blogger pejuang nasionalis? Rendah sungguh maruah diri kalian!

Masih butakah mata umat Islam di Malaysia khususnya di negeri Johor? (oppsss...terlepas).

Kepada si jahil, kalau sudah jahil, belajarlah. Bukan terus membangangkan diri kalian. Insaf segera. Buat 'tentera jihad', mana jihad kalian? Moga Allah membalas apa yang kalian lakukan.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...