Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Tuesday, January 18, 2011

Kontroversi Murahan Dari TV3

Terkejut bila baca berita di laman web Kosmo tentang isu yang dicetuskan oleh TV3. Difahamkan rancangan Wanita Hari Ini yang bersiaran pada 17 Januari 2011 telah membincangkan satu topik yang cukup hot, Salahkah Besarkan Payudara?.

Agak 'bijak' langkah WHI ni. Dengan mendedahkan isu yang hot di TV dan ditonton oleh berjuta rakyat Malaysia, langkah WHI nyata mengundang kontroversi yang cukup murah!

Kalau Ramadhan 1431H lalu heboh isu iklan raya, kali ini heboh pula isu payudara.

Jangan cakap soal pemikiran terbuka dalam isu ini. Keterbukaan biar bertempat dan bukan dibincang dalam rancangan tontonan umum. Sudahlah bincang isu hot, paparkan pula bentuk payudara dan tukang kamera pula gedik fokuskan pada pengacara.

Murahan sungguh maruah rancangan TV3. Sensitiflah sikit. Keterbukaan biar terpimpin. Kalau nak bincang sangat, buat seminar, buat secara tertutup. Bukannya susah!!!

Harap TV3 mohon maaf segera dan pihak kementerian jangan diam membisu!

2 comments:

  1. nak tengok kat tonton.com boleh ker???

    ReplyDelete
  2. yup, aku pn tgk rncgn ni...ada sorang pompuan gemuk yg cerita tntg payudaranya yg beso smbil cmeraman fkus kt situ...xtaulah apa motifnya interbiu tu & apa prasaan org yg kena interbiu tu...sgguh menjijikkn!
    AYUH MATI BUNUH DIRI?

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...