Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Friday, February 25, 2011

PR Kampus 2011: Aku Gembira

Pesta pilihanraya kampus 2011 bagi institut pengajian tinggi (IPT) sama ada IPTA atau IPTS hampir berakhir dan bagi IPTA-IPTA utama, ada sedikit kejutan berlaku. Siapa sangka kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) berjaya tumbangkan 'kerajaan mahasiswa' Pro-Aspirasi (Pro-A) di UKM, UM, USIM dan kekal di UIA.

Pro-M turut berjaya jadi penegur yang kuat di UTM, UPM dan beberapa IPT lain. Pro-M adalah label bagi penyokong oposisi manakala Pro-A lebih kepada pembawa aspirasi kerajaan.

Bagi IPG, aku dah lama follow beberapa 'kerajaan-kerajaan' guru pelatih di IPG-IPG Semenanjung Malaysia dan agak terpegun dengan suara JPP sana yang lantang menegur pentadbir. Membangkang bukan bermakna benci tapi kalau membangkang secara babi buta, rasanya tu tindakan kurang bijak.

Apa yang aku harapkan ialah suara pelajar didengar, bukan hanya dibisukan dan dipekakkan telinga. Semua manusia ada hak untuk bersuara dan pelajar tidak akan rumitkan terlalu maksimum pihak atasan kalau pelajar itu hidupnya tidak rumit.


Aku impikan guru-guru pelatih turut berani nyatakan kebajikan mereka. Dan bagi kampus aku, aku rasa sedikit hepi bila hampir semua jawatan tertinggi dipertandingkan. Satu evolusi untuk buka minda guru pelatih supaya perjuangkan hak mereka.

Bukan aku maksudkan tertindas tapi sekadar mengharapkan bakal guru tidak terlalu asyik dengan hiburan ja. Aku tak pernah lawan hiburan dan kalau ada pihak katakan. " Kita dah terlalu berkuliah apa salahnya kita berhibur".

Jawapan aku, tak salah berhibur tapi jangan sampai kita dicop kaki hiburan sampai lupa tanggungjawab.Minda kelas satu tak utamakan hiburan sangat. Dan aku tegaskan aku bukan anti hiburan tapi aku nak kita seimbangkan antara hiburan dengan yang lain ja.

Soal calon, secara jujur aku dah ada nama-nama untuk aku sokong. Kisah lepas, aku anggap untuk simpan dalam sejarah. Aku pun nak berubah, tapi bagi masa.Lastly, membangkang bukannya suka-suka tapi untuk buka minda. Selamat berpesta PR Kampus. HIDUPx2!MAHASISWA!BANGKITx2!MAHASISWA! Hehehe..ni slogan Pro-M

1 comment:

  1. salam

    dok maktab tak dak semua ni, rugi tak dak pengalaman :)

    sayang sekali UPM kalah proM

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...