Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Thursday, April 21, 2011

Pelajar Bertumbuk Sekolah Membisu

Polis mengambil keterangan daripada 23 pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Seksyen 25 di Shah Alam semalam selepas terbabit dalam satu pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata pergaduhan antara pelajar Tingkatan Empat dan Lima itu dapat dileraikan oleh guru sebelum pelajar terbabit dikumpulkan dalam bilik kaunseling sementara menunggu ketibaan polis.

Bagaimanapun pelajar terbabit dibenarkan pulang selepas polis mengambil keterangan daripada mereka di Balai Polis Seksyen 15 untuk menyiasat punca sebenar kejadian, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor 2010 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di Shah Alam, semalam.

Katanya polis akan berbincang dengan pengurusan sekolah berkenaan bagi mengadakan sesi kaunseling terhadap pelajar-pelajar itu.

Sementara itu, ibu mangsa mendakwa pihak sekolah tidak mengambil tindakan ke atas aduan berhubung insiden anaknya dipukul oleh sekumpulan rakan sekolah.

Kia Ooi Meng mendakwa, beliau telah mengadu kepada pengetua Sekolah Menengah Sri Muda, Shah Alam, berhubung kejadian yang berlaku pada Rabu lalu.

"(Pengetua berkenaan) beritahu saya, memandangkan saya sudah buat laporan polis, saya perlu rujuk kepada polis.

"Dia sepatutnya prihatin kerana kejadian itu berlaku dalam sekolah dia, sehingga hari ini pun dia tidak mahu ambil tahu berkenaan anak saya.

"Sekarang anak saya takut hendak ke sekolah, tapi dia terpaksa pergi juga sebab tahun ini dia perlu mengambil peperiksaan PMR," kata Kia.

Kia mendakwa, anaknya itu dipukul oleh sekurang-kurangnya lapan orang pelajar di satu ruang di dalam sekolah berkenaan dalam kejadian berkenaan.

Katanya lagi, anak lelakinya itu mengalami kecederaan di bahagian kepala serta lebam di bahagian anggota badannya akibat dipukul dengan kerusi.

"Kelas dia tak cukup kerusi, jadi (anak saya) masuk ke satu kelas untuk ambil kerusi. Tetapi (sekumpulan) pelajar lelaki dalam kelas itu berkenaan tidak suka (anak saya) ambil kerusi dan memukul (anak saya)," katanya.

Kia berkata, beliau telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada hari yang sama.

Beliau turut mendakwa, insiden berkenaan bukanlah kali pertama berlaku di sekolah tersebut.

"Sudah banyak kes pergaduhan berlaku sebelum ini," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...