Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Tuesday, May 31, 2011

Review Buku: Aku, Isabella dan Tok Kenali

b
Judul Buku: Aku,Isabella & Tok Kenali
Terbitan: Jundi Resources
Penulis: Bob Lokman & Ustaz Riduan Mohamad Nor

Rasanya dah lama tak beli buku baik buku akademik mahupun buku motivasi atau novel. Tapi hati terdetik nak beli buku bila hati mula rasa nak minat membaca balik. Mungkin dengan beli buku ni ilmu aku bertambah dan bertepatan dengan prinsip kewangan aku, DUIT. Duit yang aku ada apa salahnya aku gunakan untuk beli buku berfaedah.Asyik makan je..

Aku,Isabella dan Tok Kenali adalah buku tulisan Bob Lokman bersama Ustaz Riduan Mohamad Nor.Buku ni adalah catatan kisah hidup Bob Lokman dari kecil sehingga saat beliau sertai gerakan dakwah untuk kenal Islam dengan lebih dekat.

Tertarik dengan pengakuan jujur beliau bahawa beliau adalah seorang yang nakal,jahat malah pernah di buang sekolah semasa berada di sekolah agama suatu ketika dahulu. Beliau cukup malas untuk belajar sehinggakan beliau hanya menduduki 3 kertas peperiksaan sahaja pada hari pertama peperiksaan SPM.

Sejak itu hidupnya mula terumbang-ambing. Dan sejak itulah beliau mula berkerja di studio muzik milik seorang tauke Cina. Beliau mula menulis lirik apabila rock menjadi satu fenomena di Malaysia pada era 1980-an. Lirik pertamanya ialah Isabella.

Buku ni gak telah mendedahkan bahawa Bob Lokman adalah cicit kepada Tok Kenali,ulama terkenal dari Kelantan.

Bagi aku, buku ni adalah satu pengakuan jujur tanpa hipokrasi. Buku ini juga telah memberi gambaran kepada aku tentang penglibatan awal Search dan Wings dalam arena muzik. Rasanya tak rugi kalau beli buku ni.

Krisis Awie-Bob Lokman gak boleh dipertikaikan kerana Bob Lokmanlah antara penulis lirik awal bagi Wings dan Bob Lokmanlah yang pernah menjadi pengurus Wings. So napa Awie nak melenting bila Bob Lokman kata dunia hiburan terlalu banyak hipokrasi?

Kepada semua peminat buku, belilah buku ni. Murah je.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...