Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Monday, September 19, 2011

Babak Zizan Hina Rasulullah

Syabas diucapkan buat blogger Milo Suam atas pendedahan mengenai satu babak Zizan (Raja Lawak) yang didakwa menghina Rasulullah dalam filem Hantu Bonceng.

Filem Hantu Bonceng yang mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia, sedar atau tak, telah memaparkan dialog yang nyata maksudnya menghina Nabi Muhammad.

Sama ada si pelakon sedar, atau tak sedar, atau memang tak tahu bahasa Arab, dia seharusnya meneliti maksud yang ada dalam dialog sebelum melakonkan watak. Apatah lagi benda yang simple tapi dek kerana tak siasat, maka dialog yang diberikan dibaca bulat-bulat sampai tak tahu maksudnya.

Dalam kalimah syahadah Islam, salah satu kalimah berbunyi Ashaduanna Muhammadar Rasulullah [Aku naik saksi Muhammad itu pesuruh Allah].


Tapi lain pula dalam filem Hantu Bonceng. Zizan secara sedar atau tak telah menyebut Ashaduanna Muhammadar Syaitan [Aku naik saksi Muhammad itu Syaitan].

Benda terlalu simple. Takkan itu pun tak sedar oleh Zizan sebelum melakonkan babak tersebut. Kalau benar dia tak sedar apa yang dia ucapkan, Zizan WAJIB bertaubat dan memohon maaf secara terbuka manakala filem Hantu Bonceng WAJIB ditarik balik dari tayangan atau dari berada di pasaran.

Seharusnya FINAS dan pihak penapisa filem harus peka dengan benda-benda macam ni. Janganlah terlalu jahil sampai benda mudah tak nampak. Kepada umat Islam, nilailah diri kita sejauh mana sensitiviti kita terhadap agama. KOMUNIS lebih bahaya atau ancaman akidah yang lebih bahaya?

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...