Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Tuesday, October 4, 2011

SIMBIOSIS: Kisah Kanak-kanak

Judul: Simbiosis (VCD)
Terbitan: Last Minute Production (company paling hebat)
Tahun: 2011
Syukur,alhamdulillah akhirnya cerita pendek Simbiosis siap gak. Macam tak percaya bila tengok diri sendiri berlakon dalam video. Kualiti? Semestinya tak setanding pelakon terkenal.

Simbiosis ni satu projek untuk subjek Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kami just berlakon satu kisah pendek untuk dijadikan bahan P&P.

Dan sebenarnya cerita ni bukan pertama kali projek kami. Sebelum ni pun dah banyak dah cerita pendek yang dah dihasilkan batch aku. Biasalah, nak jadi guru kena bervariasi.

Sedikit review untuk Simbiosis, cerita pendek ni mengisahkan kisah seorang manusia yang tak menjaga kebersihan kawasan sekitarnya. Dek kerana tak ada kesedaran sivik, maka manusia tu terkena keracunan makanan.

Namun selepas berjumpa dengan doktor, manusia itu mula sedar akan kepentingan menjaga kebersihan kawasan setempat.

Konsep cerita ni lebih kepada cerita kanak-kanak. Menariknya cerita ni boleh dikatakan unik sebab pelakon (alamak,terover pula) terdiri daripada pelbagai bangsa (Iban, Melayu, Cina).

Macam mana nak tonton? Setakat ni tak dapat siar lagi untuk tatapan umum. (^_^).

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...