Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Sunday, October 30, 2011

Society Martabat Puisi Melalui Lagu

Rasanya susah untuk penulis beli album dari artis yang tidak beraliran nasyid atau Islamik. Tapi dek kerana minat mendalam untuk kenal dan hayati keunikan kumpulan Society, maka album Society dibeli selepas beberapa bulan di pasaran.

Penulis mula kenal dengan Society ni bila terbaca dalam laman Facebook tentang satu lagi kumpulan 'rakyat' akan terbitkan album.Apa maksud kumpulan 'rakyat'. Maksud penulis kumpulan atau artis yang nyanyi lagu-lagu berunsur pro-rakyat dan luahkan perasaan melalui seni.

Album Jalan ni diterbitkan oleh CRG Communications. Sebelum ni CRG pernah terbitkan album Pesta Jiwa dari Meor. CRG ni bermaksud Cakap Rakyat Group dan banyak terlibat dengan aktiviti seni rakyat.

Lepas beli saja album Jalan, nyata tak menyesal! Kenapa? Sebab lagu-lagu dalam album ni nyata ada maksud mendalam dan perlu berfikir untuk faham lagu-lagunya. Lagu pilihan penulis ialah Jalan, Berani Bercinta, Emas Bertatah Permata, Berhijrahlah dan Demi Sebuah Perjalanan.

Menariknya,album Jalan ni berbentuk puisi. Lirik-liriknya ada yang mendalam,ada yang mudah untuk difahami. Dari aspek vokal, Daiyan Trisha dan Meor berjaya untuk sampaikan lagu-lagu dalam album ni mengikut cara sendiri.

Paling best album ini merupakan percubaan pertama Daiyan Trisha dalam dunia seni. Manakala Meor telah menerbitkan beberapa buah album secara indie sebelum ini.

Society juga tampil sebagai satu simbolik untuk membangkitkan semangat penyanyi jalanan (buskers) supaya berani mencuba sesuatu yang baru dengan menerbitkan album.

Dari 10markah,penulis berikan 7 markah untuk album ini.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...