Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Friday, October 28, 2011

Tiket RM50: Laman Web FAM Digodam

Dek kerana tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Terengganu VS Negeri Sembilan yang terlalu mahal, laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam. Tiket yang berharga RM50 dilihat sebagai satu jumlah yang terlalu mahal buat rakyat Malaysia.

Kejadian menggodam laman web FAM ini berlaku tidak sampai satu hari selepas Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya dilempar cat — dipercayai kerana marah dengan tindakan badan itu.

Lambang FAM telah ditukarkan kepada lambang khinzir dengan simboL duit $. Ia turut diiringi mesej yang berbunyi “So hang ckp ni negara demokrasi eh So kami tak puas kami godam ja Don t blame us ”.

“Penyokong bebas buat apex2 je ” kata mesej itu yang turut melabel FAM seolah-olah bertindak seperti “kapitalis” dengan menaikkan harga tiket Laman yang digodam itu turut membawa satu berita akhbar tempatan mengenai kenaikan harga tiket dengan kenyataan FAM bahawa pihaknya tidak akan berganjak daripada keputusan mengenakan RM50 meskipun diprotes dan dikecam banyak pihak.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...