Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Monday, September 20, 2010

Ustaz Shazly Terus Berdakwah

oleh: Revolter AMI

Pernahkah kita mendengar lagu Muslimah Harapan dan Rintihan Merentas Benua nyanyian kumpulan Wadi-L-Jadid? Jika pernah,sudah tentu kita akan mengenali salah seorang anggotanya, Ustaz Shazly.



Beliau yang merupakan mantan Imam 1 Masjid Asy-Syakirin KLCC kini telah bergelar sebagai pendakwah bebas bagi memudahkan usaha dakwah disampaikan dengan lancar.
Dalam bidang seni pula, beliau telah menerbitkan single serta album zikir sebagai langkah awal bergelar artis solo. Menariknya, single-single ini dijual secara terus kepada peminat melalui pembelian online dan dijual dalam bentuk MP3.

Tiga buah single terbabit ialah Allah Wal Mahsyar feat Mohar,Doa feat Mohar, Islam Means Peace. Setiap MP3 ini berharga RM3 sahaja.

Beliau turut menerbitkan sebuah album zikir,Zikir Nostalgia dengan harga RM12.Pembelian online ini boleh didapati di laman web rasmi beliau.


PERTUBUHAN DAKWAH DAN HIKMAH MALAYSIA (WISDOM)

Ustaz Shazly juga turut terlibat dalam badan bukan kerajaan (NGO). Beliau merupakan Presiden Pertubuhan Dakwah dan Hikmah Malaysia atau dikenali sebagai Welcome Islam Spread Dakwah Obtain Mercy (WISDOM).

WISDOM ditubuhkan pada 01 Mei 2010 bersamaan 16 J’ Awal 1431H berpejabat di Alor Setar. WISDOM merupakan pertubuhan amal yang menyediakan perkhidmatan melaksanakan aktiviti dakwah bagi tujuan menyebarkan Islam serta membetulkan akidah kebanyakan golongan islam yang semakin jauh terpesong dari akidah dan ajaran Islam.

Selain itu, WISDOM juga turut memberi perhatian kepada golongan fakir miskin, iaitu WISDOM berhajat untuk membantu golongan fakir miskin untuk menjalankan kehidupan yang lebih baik, WISDOM akan memberikan bantuan kewangan atau
khidmat nasihat kepada golongan tersebut untuk perbelanjaan harian, serta akan memberi peluang perniagaan atau pekerjaan kepada mereka.

Dengan setiap pembelian lagu MP3 terbabit, 50 sen daripada hasil lagu terbabit akan disumbangkan kepada WISDOM. Kepada mana-mana pihak yang ingin memberi sumbangan kepada WISDOM secara terus, sila rujuk gambar di bawah:


Maklumat lanjut mengenai MP3 Ustaz Shazly, layari website rasmi beliau di http://www.ustazshazly.com


*turut dimuatkan di Studiokini

1 comment:

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...