Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Tuesday, November 23, 2010

Apa Tujuan Cinta Syyhh Didedahkan?

Aku dah follow cerita yang dilaungkan oleh hamba ALLAH ni mengenai cinta syyhh dia dengan seorang lagi hamba ALLAH bertaraf mantan permaisuri. Episod terakhir ialah part 7.

Bagi aku, pendedahan ini selayaknya merupakan satu pendedahan kurang bijak dan mengaibkan diri sendiri. Kalau inginkan kebenaran dan pembelaan, dedahkan saja cerita itu dalam khalayak mereka yang tahu akan cerita ni.

Pendedahan menggunakan blog nyata hanya mencari publisiti murahan. Peliknya, puak nasionalis yang memperjuangkan bangsa M serta NGO yang cukup PERKASA hanya mampu mendiamkan diri. Pihak atasan pula mengapa senyap sejuta bahasa?

Isu Namewee dilaungkan sebagai perkauman tapi dalam membela nasib bangsa sendiri, mana hilangnya golongan puak ni?

Aku masih tak dapat baca apa maksud Uncle tu dedahkan kisah aib dia sendiri. Adakah dia memang jahil tentang agama? Kalau dia lakukan kesilapan mengapa tak bertaubat sendirian? Perlu untuk laung-laungkan lagi kisah 'cerdik' dia?

Aku taknak hentam lebih-lebih. Cuma aku sekadar nak kepastian tujuan Cinta Syyhh didedahkan. Dan nak tau gak kenapa puak nasionalis PERKASA diam macam orang bisu.

2 comments:

  1. kadang blog menjadi medan berlakunya fitnah yang tiada sempadan..dulu2 orang mengumpat atas tangga sambil cari kutu jiran sebelah..tapi sekarang sangat mudah nak buat fitnah... kita sendiri yang memilih sebab kita masih diberi peluang memilih... nice blog..

    ReplyDelete
  2. tq saljuhumairah..blog biasa2 ja..hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...