Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Saturday, November 27, 2010

Negara Terkecil Dunia: Vatican City VS Sealand


Minat AMI terhadap politik memang tak boleh dinafikan. Sejak kecil didedahkan dengan dunia politik sehingga kini, AMI rasakan politik itu sebahagian dari kewajipan untuk dipelajari. Dalam jelajah info-info negara, AMI terjumpa satu negara yang hakikatnya memang tak berdaulat pun. Sekadar Micronation saja. Apa tu Micronation? Tanya Abang Wikipedia kita. (^_^)

bendera Vatican City

Sebelum ni, apa yang kita tau Vatican City adalah negara terkecil di dunia?Benarkah? Dari segi negara berdaulat, ya. Tapi dari segi negara, masih ada yang kecil.
bendera Sealand
jata negara Sealand
Pernah dengar Sealand? Sealand merupakan sebuah kerajaan atau negara terkecil di dunia apabila memiliki keluasan sekitar 550m2 sahaja berbanding Vatican City yang mempunyai keluasan seluas 0.44km per segi. Sealand terletak berhampiran dengan Britain. Istilah mudah ialah Sealand merupakan hak Britain sebenarnya.

Menariknya, Sealand bukanlah negara atas tanah tetapi negara atas air dengan menjadikan binaan seperti pelabuhan sebagai negara. Pelik bukan?
inilah negara Sealand             

mata wang Sealand
peta Sealand
Sealand diisytiharkan penubuhan pada 2 September 1967. Sejarah Sealand boleh dibaca di laman rasmi 'kerajaan' Sealand.

Hakikatnya, Sealand merupakan negara yang tak diiktiraf dunia kerana negaranya 'terlalu unik' untuk dijadikan negara berdaulat.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...