Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Friday, November 26, 2010

Filem 2 Alam: Kutipan Cukup 'Hebat'

Pertama sekali, aku tumpang sedih kepada Dr. Rozmey atas kegagalan filem 2 Alam mengutip RM40 juta. (kata-kata ini dalam nada ikhlas).

Hasil maklumat yang aku dapat, filem 2 Alam yang dipromosi secara besar-besaran di ruangan iklan akhbar tempatan, hanya mampu mengutip kurang dari RM1juta sahaja. Aku kesian sangat. Betul-betul kesian.

kutipan 2 Alam

Belum sempat aku nak tengok (sebab duit baru ada), terus keluar entry-entry mengenai kutipan filem ni di laman-laman blog dan FB. Bila dengar kutipan banyak tu je, aku pun lemah semangat (dalam hati:selamat duit aku) nak tengok filem ni di pawagam.

Mungkin saingan antara 2 Alam dengan Harry Potter jadi punca utama kutipan filem ini rendah. Selain tu, secara peribadi, sikap Dr. Rozmey sendiri yang terlalu angkuh dan sombong serta penuh confident untuk meraih keuntungan dan publisiti, menjadi punca utama filem ni tak dapat sambutan.

Sekarang aku dapat rumuskan, kalau kita cakap besar, maka Allah akan balas dengan balasan yang setimpal. Apapun, tahniah kepada Dr. Rozmey dan bersyukurlah sebab masih ada insan yang tengok filem anda.

* entry ni just nak bagitau, kita berkarya bukan untuk berlagak.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...