Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Friday, November 26, 2010

Cinta Syyhh: Dari Blog Ke Buku?

Kontroversi 'Cinta Syyhh' antara bekas Permaisuri Agung, Siti Aishah dan Uncle Seekers kian meruncing apabila Uncle Seekers nak terbitkan buku tentang kisah ni.

Pada awalnya, aku dapat maklumat tentang penerbitan buku ni melalui Blog Sensasi.

Kalau betul kisah ini akan dibukukan, timbul beberapa persoalan dalam akal aku. Pertama, kalau kisah ini hanya ciptaan semata-mata, mengapa pihak atasan tak bertindak ke atas Uncle Seekers ni. Kenapa diam sejuta bahasa?Bila diam,bermakna Permaisuri Aishah benar-benar bersalah.

Kedua, apa tujuan Uncle Seekers buat buku?Mencari keuntungan disebalik aib diri sendiri dan aib orang lain? Atau mencari publisiti murahan. Sudahlah, kalau kamu ada masalah peribadi,selesaikan dengan elok. Bukan menjual maruah kamu dengan nilai rendah.

Ketiga, ke mana suara-suara pejuang Melayu? Ke mana PERKASA? Aku pelik betul.Kalau Uncle Seekers ni ahli pembangkang,sah-sah kena hentam dan ugut. Institusi raja bukankah lambang Melayu?

Bagi aku, buku ini sememangnya akan laris sebab sikap orang-orang kita yang sukakan kontroversi walaupun tak penting. Dari buku, duit Uncle Seekers pun akan dapat. Bukankah cara ini umpama menjual tubuh untuk hidup? Kamu aibkan bukan sahaja maruah orang tapi maruah kamu dan keluarga kamu.

Terpulang kepada kita untuk nilai kisah ini.Kepada pihak berwajib,jangan diam sejuta bahasa!

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...