Selepas  menyepi untuk tempoh masa yang agak lama,akhirnya Castury tampil dengan  album sulung mereka, Seharum Kasturi Wangian Syurgawi. Album ini  diterbitkan oleh Allkind Music Entertainment dan diedarkan oleh  Universal Music Malaysia. 
Album ini penulis beli secara online menerusi Facebook Castury  sendiri. Secara keseluruhan,penulis memang suka dengar kesemua lagu  yang terdapat dalam album ini. Nyata menepati konsep nasyid kontemporari  serta vokal yang penulis minat. Terdapat 7 tracklist dalam album  ni,yakni dua daripadanya ialah minus one.
Lagu-lagu tersebut ialah:
Kau Bernama Kasturi:  Lagu ini hanyalah prelude memperkenalkan kumpulan Castury pada awal  tracklist album ini. Vokalnya yang harmoni nyata akan menarik minat  pendengar untuk mendengar track album yang seterusnya.
Hanya Pasrah Menanti (rakaman terbaru):  Lagu ini merupakan single pertama Castury pada awal kemunculan mereka  dahulu. Susunan muzik baru ini nyata memberi sedikit kelainan berbanding  rakaman lama. Secara peribadi,penulis lebih sukakan rakaman lama kerana  rakaman lama lebih menunjukkan Castury yang sebenar. Rakaman baru ni  best tapi alangkah best lagi kalau rakaman lama turut dimuatkan dalam  album ini.
Sandaran Harapan (feat Azwan Far East):  Lagu ini dinyanyikan secara kolaborasi bersama Azwan (Far East). Nyata  lagu ini amat menyentuh hati penulis. Vokal yang mendayu pada bahagian  chorus lagu ini nyata menyentuh kalbu untuk penulis hayati liriknya.  Bagi penulis,lagu Sandaran Harapan ini lagu terbaik untuk album ini.
Lumrah Kehidupan : Lagu  ini turut dinyanyikan secara kolaborasi.Kali ini memperkenalkan Mizee.  Bagi penulis lagu ini lebih kepada lagu motivasi.Susunan muzik pun  memang best.
Santun Berpesta (feat Ayati Tasrip):  Lama penulis tak dengar lagu nasyid berirama Malaysia. Album ini  setidaknya mengubat rindu penulis terhadap irama Malaysia. Lagu secara  duet bersama Ayati Tasrip,seorang penyanyi tradisional lama, nyata akan  menghiburkan peminat nasyid dan irama tradisional. Sebelum ini,penulis  sendiri tidak kenal siapa Ayati Tasrip tapi melalui album inilah,penulis  kenal sedikit sebanyak tentang Ayati Tasrip.
Kepada  yang masih belum memiliki album ini, cepat dapatkan sekarang. Tak rugi  beli album ni. Pastikan yang original. Juga boleh didapati secara online  di Facebook Castury.
*artikel ini ditulis untuk Studiokini. juga terdapat di blog Studiokini 

 

No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.