Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Friday, December 10, 2010

Melayan Album Power Kaabah

Alhamdulillah, CD album kumpulan Generasi Harapan selamat sampai hari Rabu 8 Disember 2010 lalu. Tak silap AMI album ni album kedua GH dan diberi judul Power Kaabah. Jualan album ni memang limited. Untuk cetakan pertama,hanya 2000 unit saja. Tapi AMI difahamkan cetakan pertama dah habis dijual. Nasib baik sempat beli. (^_^).

inilah CD GH yang baru
InsyaAllah CD ni akan direview dalam minggu ni. Cuma apa yang AMI nak bagitau, ada lagu-lagu dalam album ni yang AMI suka,ada yang kurang sikit. Sebab ada lirik-liriknya terlalu simple. (tak boleh review sekarang).

Kepada pihak pengurusan Global Ikhwan Sdn Bhd, terima kasih sebab poskan CD GH ni. Nyata berbaloi bagi mereka yang tahu makna tersirat di sebalik lagu-lagu yang terdapat dalam album ni.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...