Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Saturday, December 11, 2010

Percuma Tapi Mantap!


SEKITAR SEMINAR KEMBALIKAN KHILAFAH SELAMATKAN DUNIA

Alhamdulillah, AMI syukur sangat sebab diberi keizinan oleh Allah untuk hadir ke satu seminar Siri Jelajah Malaysia 2010 (SEJAM 2010) anjuran Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dan Khilafah Centre. Mula-mulanya agak khuatir untuk pergi.Kenapa? Kerana AMI rakyat Malaysia.Malaysia bukankah negara yang cukup memberi 'kebebasan' sehingga seminar pun kadang kala diganggu. (^_^).


Program diadakan di Hotel Bustani,Jitra,Kedah Darul Aman. Bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Jujurnya,ini adalah program pertama yang AMI hadir di bawah anjuran HTM dan Khilafah Centre. Sebelum ni, macam-macam tanggapan negatif yang AMI dengar tentang HTM,ada mendakwa mereka neo-muktazilah. Ada mendakwa mereka ekstrim.Nyata semua itu menipu!

Seminar ini disampaikan oleh dua tokoh HTM yakni Ustaz Abdul Hakim Othman (Presiden HTM) dan Ustaz Umar Hussien (Tim. Presiden HTM).

Dimulakan dengan pembentangan oleh Ustaz Umar Hussien. Beliau membawa mesej mengapa pentingnya sistem khilafah ditegakkan di Malaysia. Malah fakta sejarah yang menyatakan Tanah Melayu dijajah pada tahun 1511 perlu ditambah dengan menerangkan apa yang berlaku di Tanah Melayu sebelum 1511. Bagaimana Islam memerintah negeri-negeri Tanah Melayu di bawah sistem Islam. Ustaz Umar lebih mengutarakan perkara mengenai sistem khilafah,bermula dengan definisi khilafah itu sendiri.

Ustaz Abdul Hakim pula menerangkan lebih terperinci mengenai sistem Islam dengan membahagikan perkara-perkara yang telah dilaksanakan oleh Malaysia dan belum dilaksanakan oleh Malaysia. Perkara yang dilaksanakan Malaysia meliputi dua dimensi. Dimensi pertama ialah hubungan manusia dengan manusia (akidah dani ibadah) di mana dimensi telah dilaksanakan. Dimensi kedua pula ialah perkara hubungan manusia dengan manusia (makanan,minumana,pakaian dan sebagainya).

Namun bagi dimensi ketiga (sistem pemerintahan,ekonomi, sosial, undang-undang), Malaysia masih mengamalkan sistem manusia,bukan sistem Islam. Justeru, beliau mengajak hadirin untuk sama-sama menegur kerajaan Malaysia dan menggantikan sistem negara kepada sistem khilafah.

Pada program tersebut, AMI dapat banyak pengalaman. Tak kisahlah apa orang nak kata,lompat jemaah ke, sesat ke,ekstrim ke. Yang penting,persoalan mengapa wujudnya banyak gerakan Islam di Malaysia sudah terjawab dan itulah pegangan bagi prinsip AMI. AMI bebas dari fanatik terhadap mana-mana gerakan. Sudah penat terlalu fanatik pada satu-satu gerakan. Selagi matlamatnya Islam, AMI sokong.ABIM ke, JIM ke, PAS ke, IKRAM ke atau HTM ke,semua AMI sokong.

AMI harap dapat join lagi seminar-seminar seperti ni. Yang penting, tanggapan AMI bahawa HTM ekstrim dah lenyap. Matlamat yang AMI penting. AMI ingin sebuah negara Islam,bukan negara umat Islam.

Jika puak nasionalis Selangor kata, Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE), pejuang khilafah akan kata, Kembalikan Khilafah Selamatkan Dunia! Program diakhiri dengan laungan takbir!

*gambar program dan bahan-bahan yang AMI dapat akan diupload dalam masa terdekat

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...