JITRA 12 Dis – Bertempat di Dewan Bunga Raya, Hotel Bustani Jitra Kedah, Seminar Jelajah Malaysia 2010 (SEJAM ) anjuran Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) peringkat negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya. Masyarakat dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur telah menghadiri seminar kali ini.
Seperti biasa, ahli panel pertama yang juga merupakan Timbalan Presiden HTM, Ustaz Umar Hussein telah menghangatkan dewan dengan pembentangan pertama beliau, yang menekankan kepada hadirin akan kewajipan menegakkan Khilafah dan betapa perlunya umat Islam pada hari ini berusaha bersungguh-sungguh bersama-sama dengan Hizbut Tahrir ke arah merealisasikan tujuan yang mulia ini.
Kehilangan Khilafah sejak 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924) telah menyebabkan kesengsaraan yang tidak berkesudahan ke atas umat Islam yang kini dipimpin oleh para pemimpin sekular, yang ternyata tidak lagi menerapkan Islam di dalam kehidupan samada di peringkat masyarakat mahupun negara. Selepas selesai pembentangan pertama itu para peserta disajikan dengan tayangan multimedia yang bertajuk “sampai bila”. Melalui tayangan tersebut peserta dapat memahami keadaan umat Islam di seluruh dunia sejak keruntuhan Daulah Khilafah. Ternyata tayangan tersebut telah berjaya menarik emosi peserta yang hadir pada seminar kali ini untuk mereka sama-sama merasakan kesedihan dan kesengsaraan yang menimpa saudara-saudara mereka di seluruh dunia saat ini.
Selepas itu, tiba giliran ahli panel kedua iaitu Presiden HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman membentangkan kajian beliau yang bertajuk “Selamatkan Dunia Dengan Khilafah”.
Beliau telah menjelaskan kedudukan umat Islam yang lemah dan terhina di saat ini adalah sebahagian besarnya berpunca kerana umat Islam itu sendiri. Terutamanya para pemimpin sekular umat Islam. Mereka hanya mengamalkan sebahagian kecil hukum Islam dan meninggalkan sebahagian besar yang lain. Keadaan ini menjadi lebih parah lagi dengan adanya para pemimpin yang sanggup dan terus setia menerapkan hukum kufur, malah mereka turut menjadi agen kepada barat. Justeru, Islam langsung tidak menjadi nizhamul hayah bagi negara dan kesemua hukum Islam termasuklah hukum jihad telah diabaikan oleh pemimpin yang sedia ada pada hari ini. Kerana itulah, umat Islam khususnya dan dunia amnya terus-menerus menderita di sana-sini kerana sistem kehidupan Islam tidak lagi menaungi dunia sebagaimana di zaman pemerintahan Khilafah dahulu.
Oleh yang demikian tegas Abdul Hakim lagi, tidak ada penyelesaian lain bagi umat Islam untuk keluar dari segala penderitan ini kecuali dengan berusaha menegakkan kembali Daulah Khilafah melalui thoriqah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Khalifah yang dibaiah akan pasti menerapkan hukum Islam dan seterusnya akan mengeluarkan umat Islam hari ini dari seribu macam penderitaan sepertimana yang dapat disaksikan di sana –sini.
Sebelum bersurai, majlis di buka kepada sessi soal-jawab di mana kedua-dua ahli panel telah diajukan dengan beberapa soalan. Ini menunjukkan keprihatinan dan kesedaran para hadirin yang hadir akan keperluan kepada Khilafah demi untuk mengembalikan semula kemuliaan Islam dan umat Islam. Majlis berakhir sekitar jam 1.30 petang dengan diakhiri bacaan doa oleh Ustaz Redhuan Hakim. Diharapkan agar seminar yang telah berlangsung ini akan dapat menjadi titik tolak kepada umat Islam di sekitar negeri Kedah khususnya. Semoga mereka bangkit bersama-sama dengan Hizbut Tahrir di dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang mulia ini. Takbir!
sumber: mykhilafah.com
*revolterAMI: aku hadir bagi menyatakan sokongan sahaja.rasanya tak salah.
Showing posts with label sana-sini. Show all posts
Showing posts with label sana-sini. Show all posts
Friday, December 17, 2010
Saturday, December 11, 2010
Percuma Tapi Mantap!
SEKITAR SEMINAR KEMBALIKAN KHILAFAH SELAMATKAN DUNIA
Alhamdulillah, AMI syukur sangat sebab diberi keizinan oleh Allah untuk hadir ke satu seminar Siri Jelajah Malaysia 2010 (SEJAM 2010) anjuran Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dan Khilafah Centre. Mula-mulanya agak khuatir untuk pergi.Kenapa? Kerana AMI rakyat Malaysia.Malaysia bukankah negara yang cukup memberi 'kebebasan' sehingga seminar pun kadang kala diganggu. (^_^).
Program diadakan di Hotel Bustani,Jitra,Kedah Darul Aman. Bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.
Jujurnya,ini adalah program pertama yang AMI hadir di bawah anjuran HTM dan Khilafah Centre. Sebelum ni, macam-macam tanggapan negatif yang AMI dengar tentang HTM,ada mendakwa mereka neo-muktazilah. Ada mendakwa mereka ekstrim.Nyata semua itu menipu!
Seminar ini disampaikan oleh dua tokoh HTM yakni Ustaz Abdul Hakim Othman (Presiden HTM) dan Ustaz Umar Hussien (Tim. Presiden HTM).
Dimulakan dengan pembentangan oleh Ustaz Umar Hussien. Beliau membawa mesej mengapa pentingnya sistem khilafah ditegakkan di Malaysia. Malah fakta sejarah yang menyatakan Tanah Melayu dijajah pada tahun 1511 perlu ditambah dengan menerangkan apa yang berlaku di Tanah Melayu sebelum 1511. Bagaimana Islam memerintah negeri-negeri Tanah Melayu di bawah sistem Islam. Ustaz Umar lebih mengutarakan perkara mengenai sistem khilafah,bermula dengan definisi khilafah itu sendiri.
Ustaz Abdul Hakim pula menerangkan lebih terperinci mengenai sistem Islam dengan membahagikan perkara-perkara yang telah dilaksanakan oleh Malaysia dan belum dilaksanakan oleh Malaysia. Perkara yang dilaksanakan Malaysia meliputi dua dimensi. Dimensi pertama ialah hubungan manusia dengan manusia (akidah dani ibadah) di mana dimensi telah dilaksanakan. Dimensi kedua pula ialah perkara hubungan manusia dengan manusia (makanan,minumana,pakaian dan sebagainya).
Namun bagi dimensi ketiga (sistem pemerintahan,ekonomi, sosial, undang-undang), Malaysia masih mengamalkan sistem manusia,bukan sistem Islam. Justeru, beliau mengajak hadirin untuk sama-sama menegur kerajaan Malaysia dan menggantikan sistem negara kepada sistem khilafah.
Pada program tersebut, AMI dapat banyak pengalaman. Tak kisahlah apa orang nak kata,lompat jemaah ke, sesat ke,ekstrim ke. Yang penting,persoalan mengapa wujudnya banyak gerakan Islam di Malaysia sudah terjawab dan itulah pegangan bagi prinsip AMI. AMI bebas dari fanatik terhadap mana-mana gerakan. Sudah penat terlalu fanatik pada satu-satu gerakan. Selagi matlamatnya Islam, AMI sokong.ABIM ke, JIM ke, PAS ke, IKRAM ke atau HTM ke,semua AMI sokong.
AMI harap dapat join lagi seminar-seminar seperti ni. Yang penting, tanggapan AMI bahawa HTM ekstrim dah lenyap. Matlamat yang AMI penting. AMI ingin sebuah negara Islam,bukan negara umat Islam.
Jika puak nasionalis Selangor kata, Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE), pejuang khilafah akan kata, Kembalikan Khilafah Selamatkan Dunia! Program diakhiri dengan laungan takbir!
*gambar program dan bahan-bahan yang AMI dapat akan diupload dalam masa terdekat
Subscribe to:
Posts (Atom)






