Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Tuesday, February 15, 2011

Berita Paris Hilton Peluk Islam Adalah PALSU

oleh: Revolter AMI [turut dimuatkan dalam Studiokini]
Khabar yang menyatakan penyanyi kontroversi Barat, Paris Hilton, memeluk Islam adalah palsu.Puteri Sextape Amerika Syarikat dan wanita yang pernah diundi menerimas gelaran sebagai selebriti paling jelek, dilaporkan kononnya telah menukar agama kerana inginkan anjakan paradigma dalam hidupnya.

 Khabar angin ini merupakan kes yang sama berlaku mengenai khabar kononnya laman sosial, Facebook, akan ditutup. Malah berita tentang Paris Hilton memeluk Islam direka oleh akhbar The Daily Squib.

petikan akhbar palsu

Semua maklum bahawa akhbar terbabit sering menyiarkan berita palsu.

 Walau bagaimanapun, agak hairan apabila ada juga blogger yang percaya bulat-bulat tentang berita terbabit. Untuk apa? Naikkan trafik blog anda dengan berita palsu? Bukankah blogger harus siarkan berita benar?

Menurut blogger Green Boc (GB), gambar Paris Hilton memakai tudung nyata palsu berdasarkan hujah berikut:



Di sekeliling wajah Paris Hilton yang memakai tudung itu terdapat petak-petak pixel yang tidak sekata dan ternyata ianya ton warnanya tidak licin. Lihat gambar di bawah ini. Perhatikan petak-petak pixel di kawasan tudung yang menyentuh pipi. Pixel sebegini tidak wujud di foto asli.



Berikut adalah petikan asal dari blog GB:


Tinjauan yang lebih tepat jika kita tumpukan kepada bahagian-bahagian tertentu wajahnya:

Bahagian A:



GB mulakan dengan sebelah kiri wajahnya. Amat ketara ianya telah pun mengalami sentuhan perisian komputer. Wajah Paris Hilton dilekapkan ke atas wajah sebenar orang yang memakai tudung, kemudian cuba diperbaiki tepi-tepi tudung yang menyentuh pipi Paris Hilton di dalam gambar di atas.

Bahagian B

 

Apa pulak ada warna kotak yang lebih merah dengan warna yang lebih gelap di bahagian bibir? Tak ada kamera yang melakukan demikian kecuali ia sentuhan dari perisian komputer.

Bahagian C



Pipi di sebelah kanan. Ternyata ia menggunakan carikan warna dari pallete untuk mamadam pixel yang tak seimbang.

Dan untuk merumuskannyaGB menguji ia di satu perisian untuk menyemak"metadata exif" foto berkenaan.




SAHIH! Menurutnya, foto asalnya telah diubah dan diedit menggunakan Adobe Photoshop. 

ASSESSMENT: Class 1 - Image is processed/edited

Keaslian foto yang tinggal hanyalah sekitar 10% sahaja.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...