Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Thursday, May 26, 2011

Projek DUIT

Duit duit dimana kau duit. Rasanya lirik lagu ni cukup sinonim dengan masyarakat kita.Lagu nyanyian kumpulan Kembara ni pernah menjadi idola rakyat Malaysia.

Semua manusia sukakan duit. Tipulah kalau manusia tak suka duit. Dengan duit kita boleh jadi baik dan sebab duit juga manusia boleh jadi hina dan jahat. Tak percaya?

Duit kalau digunakan dengan cara betul sudah pasti memberi ganjaran besar kepada manusia. Makin banyak kita gunakan duit untuk kebaikan,makin banyak pulangan kita dapat. Mungkin pulangan bukan dalam bentuk material seperti kebahagiaan, pahala dan saham akhirat. Dan tak mustahil gak pulangan tu datang dalam bentuk duit balik. Ada orang kata makin kita sedekah makin kita kaya.

Tapi awaslah dengan duit.Duit mampu menyesatkan manusia. Dari seseorang yang hebat,manusia mampu menjadi hina sebab duit. Lihat saja seorang yang hebat ilmunya mampu menjadi hina bila mula terjebak dengan rasuah,judi dan lain-lain.

Projek DUIT

Projek DUIT ni sebenarnya sekadar sebahagian daripada tips nak jadi kaya dengan duit tanpa menghabiskan duit yang banyak.Macam mana ek?Tipsnya ialah:

Duit Untuk Insan & Islam Tercinta

Apa maksudnya?Maksudnya ialah gunakan duit bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk insan-insan yang memerlukan dan agama kita,Islam. Istilah mudah sedekahlah. Rasanya kalau kita amalkan kempen DUIT ni, kita takkan rasa susah. Tak percaya? Tryla sendiri.

Selain tu banyak lagi tips nak kaya dalam hidup dengan jalan betul.Mungkin lepas ni entry lebih fokus pada duit dan tips-tips yang boleh bagi manfaat kat semua.Dunia dunia gak tapi akhirat jangan lupa

1 comment:

  1. makin kita sedekah makin kita kaya.. insyaallah.. sekiranya segalanya dilakukan dgn ikhlas....
    salam perkenalan. drop by baca entry..
    dan klik utk tabung.
    sama2 jana tabung ...
    salam ....

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...