Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Tuesday, June 7, 2011

Demokrasi Haram? Menjawab Hizbut Tahrir

Tajuk: Demokrasi Haram? Menjawab Hizbut Tahrir
Penulis: Wan Ji Wan Hussin
Terbitan: Sekolah Pemikiran

Buku ini lebih bersifat ilmiah,sesuai dengan tajuknya Demokrasi Haram?: Menjawab Hizbut Tahrir. Buku ini merupakan satu jawapan buat gerakan jemaah Hizbut Tahrir,yang juga merupakan sebuah parti politik. Ramai penggerak jemaah Islam tahu bahawa HT telah menolak sifat demokrasi atas alasan ia berasal dari Barat. 

Malah HT menyifatkan demokrasi sebagai haram qatie. 

Buku ini ditulis sebaik sahaja satu pertemuan yang berbentuk forum atau debat berlangsung antara penulis buku ini, Ustaz Wan Ji Wan Hussin dengan salah seorang penggerak HT Malaysia (HTM), Abu Hamzah.

Banyak persoalan mengenai demokrasi telah dijawab berdasarkan al-Quran, As-Sunnah dan pandangan para ulama seluruh dunia. Buku ini memang wajib dimiliki terutama kepada golongan HTM yang acapkali menolak demokrasi.

Buku ini perlu dihayati dengan mendalam. Kenapa?Kerana ia memang bersifat ilmiah. Komen tentang buku ini ialah kalau dapat pada masa akan datang penulis perlulah meletakkan sedikit gambar bagi menampakkan kandungan buku ini lebih menarik.

Dapatkan segera di pasaran. 

1 comment:

  1. salam..tumpang tanye,
    kat mane ye nak dapatkan buku ni?

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...