Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Saturday, June 11, 2011

Kelantan Isytihar Cuti Umum 12 Jun 2011


Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan cuti umum kepada negeri itu pada 12 Jun 2011.

Katanya, keputusan itu dibuat supaya anak Kelantan yang menonton perlawanan akhir Piala FA antara pasukan negeri dan Terengganu di Bukit Jalil malam ini dapat pulang dengan selesa.

"Insya-Allah pada malam ini saya akan turut serta menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kelantan melawan Terengganu.

"Esok diisytiharkan cuti umum di Kelantan sebagai memberikan peluang kepada anak-anak Kelantan pulang dengan selesa," kata di laman Facebook.

Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa sempena perlawanan akhir Piala FA Kelantan bertemu Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Sabtu.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Aiseri Alias bagi menjaga keselamatan dan memberi peluang kepada penyokong-penyokong bola sepak negeri itu pulang dengan selesa dari menyaksikan perlawanan berprestij itu.

Katanya, kerajaan negeri mengambil inisiatif mengisytiharkan cuti esok kerana turut meraikan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong bola sepak negeri ini.

"Inilah kali ketiga berturut-turut Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa selepas kali pertama muncul naib johan Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 2009,dan johan bertemu Selangor pada tahun lepas," katanya.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...