Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Saturday, June 11, 2011

10 Laman Web Disekat - SKMM/MCMC

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mahu 10 laman web yang membenarkan aktiviti muat turun filem dan video secara tidak sah, disekat dan memaklumkannya kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk berbuat demikian.

MCMC berkata, pihaknya menerima permintaan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Keenggunaan untuk mencegah capaian kepada laman web yang didapatinya melanggar Akta Hakcipta 1987.

“Suruhanjaya telah memaklumkan kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tentang permintaan ini dan tindakan sedang diambil secara berperingkat," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Ia berkata di bawah Akta itu, pemegang lesen berkewajipan untuk membantu MCMC mencegah perbuatan melakukan kesalahan atau percubaan melakukan kesalahan.

"Sehubungan itu, pematuhan kepada undang-undang ini tidak harus diertikan sebagai penapisan," tegasnya.

Maklumat mengenai surat daripada MCMC dipercayai untuk ISP teah terbocor dan disiarkan di laman-laman belog beberapa hari lalu.

Anatar laman web yang disenaraikan termasuk www.warez-bb.org/ dan www.megavideo.com/.-MSTAR

1 comment:

  1. huhuu..
    baru je terfikir nak blajar
    download video, hee~

    ReplyDelete

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...