Hai orang-orang yg Beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu( Al-hujuraat : 6 )

Thursday, October 27, 2011

Gaddafi: Antara Jasa dan Penghinaan


Pada awal kebangkitan rakyat di Libya, penulis sendiri merasa kagum dengan keberanian rakyatnya yang bangkit menyatakan tentangan terhadap pemerintahan rejim Muammar Gadaffi. Kekejaman Gadaffi ketika mentadbir Libya menyebabkan rakyatnya kian bosan dan makin berani untuk menamatkan pemerintahannya.

Setelah berbulan-bulan melakukan pemberontakan, akhirnya rejim itu berjaya ditumbangkan pada awal Oktober 2011. Walaupun pada awal pemberontakan, rejim Gaddafi dilihat akan mencapai kemenangan dengan mudah, namun dek kerana campur tangan kuasa luar (NATO), akhirnya seluruh kekuatan tentera Libya (era Gaddafi) dilumpuhkan malah pihak pemberontak diberi sokongan penuh oleh kuasa luar.

tentera NTC 
Tentera pemberontak (kini kerajaan Libya) mara dengan pantas menuju ibu kota Tripoli selepas NATO melakukan bedilan ke atas kedudukan askar Gaddafi.Akhirnya benteng Tripoli runtuh dan pengikut Gaddafi terpaksa berundur ke Sirte dan Bani Walid bagi mempertahankan benteng terakhir.

Di Sirte, Gaddafi bersembunyi.Anak perempuan dan isterinya berjaya melarikan diri ke negara jiran. Tatkala pemberontak mengisytiharkan bahawa merekalah kerajaan baru Libya, namun usaha membebaskan Libya dari era Gaddafi tak dapat dilakukan dek kerana Sirte dan Bani Walid masih di bawah kawalan Gaddafi.

Namun kuasa Allah mengatasi segalanya, akhirnya Gaddafi tewas apabila tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) berjaya menggempur Sirte dan Bani Walid. Gaddafi dan anaknya, Motassim ditahan manakala bekas Menteri Pertahanan Libya (era Gadaffi),Abu Bakr Younis terbunuh.

Motassim sebelum dibunuh
Walau bagaimanapun, Gadaffi dan Motassim menemui ajal selepas dibunuh ketika dalam tahanan NTC. Kematiannya disambut gembira oleh majoriti rakyat Libya dan pada pembebasan Libya diumumkan oleh NTC pada 21 Oktober 2011 oleh Mustafa Abdel Jalil.

Tak cukup dibunuh,mayat Gadaffi dan Motassim tidak dikebumikan terus selepas kematian tetapi dipamerkan dalam satu bilik sejuk beku di Misrata selama 4 hari sebelum dikebumikan pada 26 Oktober 2011.Mayatnya terus menjadi tatapan orang awam bagi melihat sendiri insan yang pernah mentadbir negara mereka secara kuku besi.

Keadaan mayat yang mula reput menyebabkan keputusan dibuat untuk mengebumikan jenazah Gaddafi, Motassim dan Abu Bakr di sebuah gurun Sahara yang dirahsiakan lokasinya. Begitulah pengakhiran yang dialami oleh seorang pemerintah negara di Libya.

Dek kerana kesilapan dalam mentadbir, rakyat lupa segala kebaikan serta jasa yang pernah rejim Gaddafi lakukan buat rakyat Libya. Rakyat seolah dirasuk oleh satu 'hasutan' luar supaya menghapuskan Gaddafi dengan apa cara sekali pun. Malah insan yang pernah mengubah Libya ini dihina begitu rupa walaupun telah mati.

Antara jasa besar Gaddafi ialah:


  • Tiada bil elektrik di Libya, kemudahan elektrik adalah percuma bagi setiap warga Libya.
  • Tiada dikenakan sebarang kadar faedah melalui pinjaman yang dibuat dari bank dan pinjaman diberi pada kadar 0% oleh lunas undang-undang.
  • Rumah dianggap sebagai satu keperluan asas di Libya dan Gaddafi pernah bersumpah bahawa beliau dan bapanya tidak akan memiliki rumah selagi kesemua rakyat Libya tidak memiliki rumah . Bapa Gaddafi meninggal ketika di mana mereka masih tidak mempunyai rumah dan tinggal di dalam khemah.
  • Pasangan pengantin baru akan diberi 60,000 dinar oleh kerajaan bagi permulaan untuk membeli rumah untuk memulakan keluarga baru dan kehidupan baru.
  • Peluang pendidikan dan kesihatan adalah percuma dan kadar celik huruf adalah sebanyak 83%, sebelum pemerintahan Gaddafi, kadar celik hurufnya adalah 25%.
  • Sekiranya rakyat Libya mahu memulakan pertanian, mereka akan menerima tanah, rumah pertanian, peralatan pertanian, benih dan haiwan ternakan secara percuma dengan bantuan kerajaan.
  • Sekiranya rakyat Libya tidak mendapat kemudahan yang baik dari segi peluang pendidikan dan kesihatan di Libya mereka boleh ke luar negara untuk mendapat peluang yang lebih baik dan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan malah akan diberi elaun perjalanan sebanyak USD2,300 dan elaun kenderaan.
  • Kerajaan akan memberi subsidi sebanyak 50% bagi pembelian kereta di Libya
  • Harga petrol di Libya per liter sebanyak USD0.14 antara yang termurah di dunia.
  • Libya tidak memiliki hutang luar negara hasil pemerintahan Gaddafi dan dana “reserve” yang dimiliki adalah sebanyak USD150 billion.
  • Sekiranya para graduasi/lepasan universiti di Libya tidak mendapat pekerjaan mereka akan dibayar elaun semasa mereka menganggur dan pembayaran akan ditarik balik selepas mereka mendapat pekerjaan.
  • Hasil dari keuntungan penjualan petroleum di Libya dikreditkan terus ke akaun bank rakyat Libya.
  • Ibu yang melahirkan anak akan diberi USD5,000 sebagai bantuan khas.
  • 40 buku roti di Libya cuma berharga USD0.15.
  • 25% rakyat Libya memiliki sekurang-kurangnya Ijazah pertama dari Universiti yang diiktiraf.
  • Gaddafi mejalankan projek mega iaitu sistem pengairan terbesar di padang pasir yang tandus dan dikenali di seluruh dunia sebagai “Great Man-Made River Project” bagi mengairi tanah kering kontang itu untuk menyuburkannya agar boleh dibuat tanah pertanian supaya di masa depan Libya tidak bergantung dari hasil luar negara.
  • Libya memiliki kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hidup yang tinggi.
  • Apabila berlaku kenaikkan kadar makanan, Gaddafi akan menghapuskan semua cukai atas makanan.

Kesilapan Gaddafi tidak sempat dibetulkan secara rundingan, kematian beliau dijulang sebagai 'perayaan' di Libya. Apa yang diharapkan ialah Libya kembali stabil dan tidak akan menjadi Afghanistan,Iraq,Chechnya, Palestine dan Kashmir kedua di muka bumi ini.

Al-Fatihah buat Gaddafi, insannya yang berjasa tetapi ganas.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Komen dari kalian amat dialu-alukan tetapi jagalah adab berbahasa semasa komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...